Screen Shot 2015-06-17 at 11.15.47 PM
KASIHAN kepada ibu bapa yang anak-anak belajar di England dan tempat-tempat lain seluruh dunia.  Untuk menghantar duit kepada anak-anak mereka, tukar RM1,000 baru dapat sekitar 170 Pound.
 
 
Nilai RM kita terus merudum.
 
 
Jika dulu peniaga-peniaga sebelah Siam, sama ada di sempadan Bukit Kayu Hitam atau di Golok dan Takbai begitu berminat dengan pembeli dari Malaysia kerana nilai Ringgit yang tinggi, tapi la ini mereka sudah tidak hairan.
 
 
Bath Thai lebih mahal daripada RM.  Tukar RM10 dapat 8.9 Bath (lebih kurang RM8.90) sahaja. Dulu terbalik ataupun setara.
 
 
Penduduk Singapura terutamanya, berpusu-pusu ke JB untuk berkenduri apa yang boleh dibeli.  Rakyat republik itu kini boleh mendapat sekitar RM3,800 bagi setiap 1,000 dolar Singapura yang ditukar atau RM380 bagi setiap S$100.
 
 
Jika suasana kenduri itu terjadi, sudah pasti akan berlaku tekanan kepada warga JB dan di tempat-tempat lain.
 
 
Harga barangan pasti akan melambung kerana permintaan daripada mereka yang tinggi. Jika itu berlaku semakin kecillah duit raya RM500 untuk kakitangan kerajaan yang diumumkan hari ini.
 
 
Walaupun ada baik dan buruknya fenomena itu kepada ekonomi, saya dapat nampak ramai yang murung melihat situasi itu.
 
 
Dengar kata juga daripada rakan-rakan peniaga saham, indeks BSKL yang sekarang berada pada tahap 1,722 mata juga akan merosot kepada 1,700 dan ke tahap terendah 1,680-50 mata.
 
 
Apa yang berlaku ini mungkin ada kaitan dengan tahap keyakinan terhadap kita, oleh orang kita sendiri dan orang luar…
 
 
Lakukanlah sesuatu segera, sebelum lebih parah.
 
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s