Screen Shot 2015-06-19 at 12.21.16 AM

Advertisements

2 thoughts on “BENARKAH PAKATAN SUDAH MATI? AWAS TAKTIK MUSLIHAT DAP!

  1. BETUL KE KA SIONG???

    BATU PAHAT 18 – MCA menyifatkan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang sememangnya telah dijangka sejak Pilihan Raya 
    Umum Ke-13 (PRU-13) lalu hanya satu tindakan yang mempermainkan rakyat dan pengundi.

    Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, kecelaruan yang berlaku antara Pas dan DAP dalam gabungan 
    tersebut dapat dilihat sejak dahulu apabila masing-masing berselisih faham dari segi ideologi.

    “Saya turut pelik apabila melihat pembangkang semakin rapuh dan seolah-seolah sebuah gabungan rojak sehingga 
    diumumkan bahawa pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal baru-baru ini.

    “Perbuatan mereka ini boleh dianggap memperbodohkan rakyat kerana semasa berkempen dalam PRU-13, calon yang 
    bertanding memakai pakaian ketiga-tiga lambang parti tersebut, tetapi apa sudah jadi hari ini,” katanya selepas 
    menyampaikan sumbangan kepada masjid, surau, pesakit kronik dan bantuan peralatan pertanian bagi kawasan Parlimen 
    Ayer Hitam, di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali merangkap Ketua UMNO 
    Bahagian Ayer Hitam.

    Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pakatan pembangkang juga menghadapi kesukaran untuk 
    menunaikan janji kepada rakyat selepas PRU-13 lalu.

    “Soal Pas membantu DAP dan sebaliknya memang ada persefahaman masa itu (PRU-13), tetapi selepas selesai mengundi 
    mereka hadapi kesukaran untuk tunai janji kerana berdepan dengan situasi DAP ada caranya dan Pas ada haluan 
    mereka,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau meminta Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi apa jua kemungkinan berikutan 
    terdapat ura-ura pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ekoran perpecahan dalam pakatan pembangkang.

    “Kita masih memantau keadaan itu, tetapi apa yang penting BN perlu berdiri teguh dan bersatu padu kerana kita 
    tidak boleh terperangkap dalam situasi tidak bersedia dan perlu disusuli dengan tindakan yang efisien,” katanya 
    yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam. – Utusan Malaysia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s