Screen Shot 2015-06-19 at 8.59.39 PM
 Adakah hantu Khalid akan terus menguasai Azmin?! Benarkah Khalid disebut-sebut akan kembali dan menggantikan Azmin?

BEBERAPA minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan.
Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa.  Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa.
Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.
“Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin,” katanya pendek.
Saya bertanya pasal apa?  Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau.
Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin.
Benarkah?
Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin.
Apa masalah Azmin ini sebenarnya?  Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya.  Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. “Sudah dapat kuasa, lupa diri,” kata insan itu.
Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara. Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini.
Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO.  
Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata “Kita Lawan” untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif.
Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka.
Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya.
HADI AWANG AKAN MENGADAP BAGINDA SULTAN?
Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.
Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan.  Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor.
Benarkah?
Kita tunggu dan lihatlah…
Advertisements

6 thoughts on “SULTAN SELANGOR MURKA? AZMIN ALI MB PALING PENDEK RIWAYAT?

  1. Via Whatsapp…Bro, baru baca cuit on azmin ali. Baru2 ni saya buat pertama kali dlm
    sejarah bernasib baik bercakap dgn Tuanku Sultan Selangor one to one dlm satu majlis santai. Saya beritahu Tuanku, please Tuanku tolong titah pada MB jangan terus politikkan isu air. Nanti kita semua akan sangsara. Tuanku kata ” banyak kali saya dah cakap pada dia tapi dia terus juga politikkan..what can I do? Sebelum itu saya tanya Tengku Sulaiman, adik Sultan, what do you think of Azmin? Jawabnya… semua tak boleh pakai, tak habis2 main politik.,,Teruk lah negeri Selangor… Betul apa yg you cuitkan , Tuanku memang kecewa dgn MB..

    Like

  2. As salam,

    Walaupun agak terlambat, saya ucapkan tahniah kpd en zaini kerana sudah pun berblog sendiri
    Saya penggemar kolum en zaini di mingguan malaysia. Utk info sy adalah pembaca Utusan semenjak berumur 8 tahun sehingga sekarang ( umur skrg 39 tahun ).. cuma pada tahun ini saya hanya membaca Utusan senulan 2 kali shj..mungkin en zaini bole faham mengapa..
    Harapan sy kpd en zaini, dgn adanya blog ini en zaini dapat menulis ‘without fear or favour’ demi agama, bangsa dan tanahair. Lontarkan lah pandangan demi kebaikan bangsa kita walaupun pandangan itu tidak.di senangi oleh ‘establishment’!.
    Inshaa allah, blog en zaini akan mendapat sokongan, sy doakan.

    p/s: berharap sgt agar ku seman ku hussein juga menuruti jejak en zaini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s