Cuit Kembali: Hakikat 13 Julai Low Yat

SETELAH kolum ini menyepi hampir sebulan, insya-Allah ia akan diteruskan kembali.

Saya memohon maaf kepada pembaca setia saya yang bertanyakan ke mana perginya tulisan ini. Saya hanya sekadar berkata “berehat seketika…”

ADA juga yang membuat pelbagai spekulasi dan andaian. Itu semua tak betul. Namun, sebagai penulis apatah lagi sebagai seorang wartawan yang lama, saya mengakui kita lain daripada lain.

Kita memasuki ke alam dunia pekerjaan ini bukan untuk suka-suka, atau sekadar mencari makan yang tak seberapa, tetapi mempunyai satu bentuk pemikiran dan aliran falsafah yang tersendiri.

Tugas ini memerlukan satu pembentukan pemikiran dan semangat yang kental. Dalam situasi politik dan negara sekarang, peranan media sepatutnya dihormati, bukan ditakuti atau dicemuh.

Ia adalah pencetus kepada pelbagai masa depan yang baharu, sama ada yang kita suka atau tidak. Tugas saya bukan sekadar pencatat tetapi pelopor pemikiran – yang disukai atau tidak.

Peranan media arus perdana mahu pun media baharu, ternyata cukup berbisa.

Benarlah kata-kata sarjana, medialah yang mengangkat seseorang pemimpin itu dan juga boleh menurunkan sesiapa sahaja. Kuasa penanya lebih tajam daripada mata pedang.

Dalam dunia hari ini ia boleh menerjah ke seluruh pelosok alam dengan sekelip mata — hanya melalui satu tekan di hujung jari telefon pintar ini. Teruslah mengikuti tulisan ini menerusi akhbar ini atau melalui versi portal: cuitzainihassan.wordpress.com.

Selagi hayat dikandung badan, selagi kalam Utusan ini terus berdiri teguh, insya-Allah Cuit akan mencuit. Maaf, Zahir dan Batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015.

YANG ARIF MOHD. NOOR DAN 
PERISTIWA 13 JULAI LOW YAT

PAGI-PAGI semalam saya mene­rima panggilan daripada seorang sahabat saya. “Lama kita tak jumpa ya. Ada lima tahun?” katanya lembut dalam loghat pekat Negeri Sembilan.

Mendengarkan suaranya dan namanya di skrin telefon, saya menyampuk “apa khabar Yang Arif Datuk.” Dia menjawab “Alhamdullah masih ingat lagi kat saya.”

Saya kata lagi “akhir sekali kita jumpa tahun lepas.” Ternyata masa berlalu terlalu pantas.

Yang Arif Datuk Mohd. Noor Abdullah ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang banyak saya terima nasihat. Sebagai bekas hakim beliau ialah pendokong Perlembagaan Negara, yang semakin dipinggirkan oleh rakyat negara ini.

Tanyalah sesiapa pun waima anak-anak kita sekali pun mengenai asas hak-haknya sebagai warganegara tanah air ini, mereka akan terkapa-kapa.

Sistem pendidikan kita semakin menjauhkan mereka kepada asas kenegaraan itu.

“Saya masih melihat sistem pendidikan kita akan terus menjurangkan kita semua. Apa yang berlaku di Plaza Low Yat sudah terbukti. Ia mungkin kecil hari ini tetapi gelombangnya boleh membesar kelak,” kata Yang Arif Mohd. Noor.

Bagi saya peluang membuat satu kenyataan akhbar. Saya mahu bercakap mengenai Perlembagaan dan sistem persekolahan kita.

Sejak beberapa tahun ini, Yang Arif menjadi pejuang kepada asas-asas kenegaraan ini. Beliau terlibat dalam banyak forum dan perbincangan awam. Sistem sekolah satu aliran menjadi perjuangannya.

“Saya tidak mahu melihat peristiwa 13 Julai Low Yat itu berlaku lagi. Tetapi selama ini saya dicap sebagai rasis apabila membangkitkan soal itu.”

Sebagai bekas anggota badan pengadilan, beliau tahu apa yang diperkatakannya. Beliau sanggup mencemar dirinya yang arif demi kebenaran perjuangannya. Saya juga cukup sebati dengan falsafah perjuangannya. Sebagai wartawan itulah juga perjuangan saya.

Beliau dan saya pernah sama-sama digelar rasis atau perkauman dan ultra Melayu hanya kerana mahu mencari satu titik-tolak kepada kesejahteraan negara tercinta ini.

Kami bukan mahu mencari sesuatu yang mutlak, tetapi sekadar satu asas tolak-ansur untuk faedah anak cucu kita semua kelak.

Yang nyata, kita tidak boleh lagi melihat pemisahan tiga kaum ini yang jurang ekonomi dan penguasaan perniagaannya semakin meluas. Kita tidak boleh lagi kelihatan mana-mana kaum merasa terlalu hebat dan memandang rendah kaum yang lain.

Kita tidak mahu melihat kaum di negara kita ini memperlekehkan bahasa kebangsaan negaranya sendiri. Oleh itu yang pasti, Malaysia tidak boleh lagi mempunyai tiga ideologi insan yang diasuh oleh kepelbagaian pendidikan dominan yang berbeza. Melayu-Melayu, Cina-Cina dan India-India.

Jika anda kononnya perjuangkan sikap sama rata, sama ratakan dahulu pendidikan kita. Terimalah kenyataan. Itulah hakikat.

Elakkan angka 13 itu lagi.

Advertisements

SAMSENG ALOQ STAQ!

MINAQ JINGGO MENULIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA PERKASA BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD PADA 25 JUN DI KELAB SULTAN SULAIMAN :

Iftar PERKASA berjalan seperti majlis-majlis Iftar yang biasa saya hadiri di tempat lain. Tetapi acara sembang santai selepas Solat Tarawikh saya yakin akan meninggalkan kenangan manis buat mereka yang bernasib baik untuk dapat bersama Tun Dr Mahathir ketika itu. 
Pelbagai topik, imbaun cerita silam, cerita pasal jam, cerita politik dan cerita pasal cara memakai songkok “Samseng Aloq Staq” membuat kami semua tidak kering gusi dan senak perut ketawa terhibur. Saya kongsikan rakaman saat-saat indah bersama negerawan terulung untuk tatapan pembaca semua..

Screen Shot 2015-06-26 at 8.32.12 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.31.57 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.31.49 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.31.39 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.31.26 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.30.20 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.30.11 PMScreen Shot 2015-06-26 at 8.31.02 PM

GAMBAR : http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/06/iftar-perkasa-bersama-tun-dr.html

DEMAM ROMBAKAN KABINET… bersambung

SHAZIMAN ABU MANSOR tiba-tiba mendapat perhatian Perdana Menteri. Bekas Menteri Kerjaraya itu ditawarkan satu jawatan dalam pentadbiran Najib. Bukan menteri dalam Kabinet tetapi menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis.  Difahamkan pada mulanya Shaziman menolak tawaran itu.  Dia kemudiannya dipujuk. Ditolak lagi. Sehinggalah dipujuk lagi, akhirnya beliau terpaksa akur.
Ikuti juga tulisan sahabat saya Rocky dalam: The Gentleman YB is back!
Screen Shot 2015-06-24 at 11.58.29 PM
Two years ago, some people wanted us to believe that Shaziman Abu Mansor, who was Works Minister, had been “dropped” from Najib Razak’s Cabinet. Well, I hear the man’s back, recalled to fill a void in PM Najib Razak’s Administration left by the late Jamaluddin Jarjis
I used to be skeptical of this MP of Tampin but by opting to leave his ministerial post to focus son his Constituency after the last general election,  thus allowing others a shot at the Cabinet, Shaziman confirmed he was far from selfish, the kind of man a the Prime Minister badly needs around him now.  
He once proposed a mandatory registration for bloggers so as to make everyone in cyberspace accountable for his action and word, but we were all dead against it [I’m a gentleman blogger, 23/8/2006] because we suspected it was a trick to curb freedom. With the benefit of hindsight, I think the idea was just a little ahead of its time.  
Shaziman would fit right in if Najib decides to do a Cabinet reshuffle. Like right about now is the right time for that long-overdue reshuffle, seeing that we are exactly half-way the current 13th Parliament. Many people I spoke to think the PM should let someone else be the MoF (but not his younger brother Nazir). One CEO blogger says it should be this someone else
DIPETIKhttp://www.rockybru.com.my/

DEMAM ROMBAKAN KABINET…2

10275339_10152124278375952_1148277512612704815_o

SEKARANG ini merupakan masa paling sesuai untuk mempertimbangkan Rombakan Kabinet setelah sampai dipertengahan separuh penggal Parlimen ke XIII setelah Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak memenangi PRU 13 pada 8 Mei 2013.

Ianya bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran PM Najib agar segala agenda strategik melalui dasar seperti Visi 2020 dan pelbagai program transformasi dapat dilaksana dengan lancar dan memenuhi perancangan asal.

Agenda separa strategik seperti Manifesto BN juga perlu ditentukan perlaksanaannya dan kumpulan sasar menerima sebagai yang tertera dalam Akur-Janji yang dibuat Perdana Menteri Najib selaku Pengerusi BN ketika itu.

Ini disamping segala cabaran yang sedang diharungi, terutama terbitan berumpama tekanan politik dari dalaman walaupun Pembangkang berada dalam keadaan paling lemah masa ini.

Namun begitu, adalah wajar dilakukan Rombakan Kabinet walaupun tidak menyeluruh.

Kami ingin mencadangkan:

1. PM Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan

2. DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi melepaskan jawatan Menteri Pelajaran

3. Menteri Kewangan diambil alih oleh Dato’ Sri Abdul Wahid Omar.

4. Menteri di JPM bagi tugas EPU, ICU, UKAS, TERAJU dsb diambil alih oleh Dato’ Sri Ahmad Husni  Hanadzlah

5. DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Kanan Ko-ordinasi, satu portfolio baru yang diujudkan kerana buat masa ini pun beliau mempengerusikan 21 Jawatankuasa Kabinet

6.Menteri Pelajaran disandang oleh Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi

7. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna disandang oleh Dato’ Noraini Ahmad

8. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disandang oleh Dato’ Sri Idris Jusoh

9. Menteri Pertahanan oleh Dato’ Johari Abdul Ghani

10. Menteri Perumahan dan Hal Ehwal Urbanisasi Dato’ Abdul Ghafur Salleh

11. Menteri Kommunikasi, Penerangan dan Multimedia disandang Dato’ Sri Abdul Rahman Dahlan

12. Menteri Ko-ordinasi Perpaduan, Adat, Budaya dan Pembangunan Ketamadunnan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (ini merupakan Kementerian baru yang diujudkan, mengambil beberapa fungsi dari beberapa Kementerian lain)

13. Menteri Keselamatan Dalam Negeri disandang oleh Dato’ Dr. Abdul Latif Ahmad

14. Menteri Wilayah Persekutuan disandang semula oleh Senator Dato’ Sri Raja Nong Chik Raja Zainal

Manakala Dato’ Seri Hishamuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dengan tugas tugas khas ko-ordinasi GLC dan hubungan industri. Ini adalah portfolio baru yang bersifat hybrid dengan mengambil sedikit fungsi MITI, MOF dan KPDNKK.

Dato’ Sri Shafie Apdal pula dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dengan tugas tugas khas ESSCOM dan pembangunan Sabah Timur dimana sebuah agensi baru East Sabah Development Authority (model kepada IRDA, NCIA, LADA dan ECER) diujudkan.

Dato’ Sri Hassan Malek dan Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor digugurkan sebagai Menteri Kabinet.

Beberapa rombakan kecil bagi jawatan Timbalan Menteri juga perlu dibuat dan selaraskan bagi menentukan semua portfolio akan terus berfungsi sejajar dengan matlamat yang perlu dicapai, bagi meralisasikan secara total dasar dan agenda strategik Kerajaan.

Muka muka baru seperti Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin (MP Masjid Tanah), Dato’ Osman Aziz (MP Jerlun), Dato’ Raime Ungi (MP Tenom), Dato’ Irmohizam Ibrahim (MP Kuala Selangor) wajar diberi peluang, sebagai proses ‘peremajaan pentadbiran’.

Beberapa pemimpin dikalangan ahli korporat dan pemimpin masyarakat yang telah menunjukan kemampuan luar biasa berkerja dengan keberhasilan tinggi wajar ditimbangkan untuk dilantik sebagai Senator dan dibawa sebagai Timbalan Menteri.

Rombakan Kabinet akan dijangkakan akan menambahkan keyakinan kepada majoriti rakyat, terutama ada suntikan muka muka baru dan terbukti berpengalaman untuk memimpin, merancang dan mengurus perlaksanaan portfolio masing masing.

Ini terutama isu berkenaan kewangan dan perbendaharaan dimana kontroversi yang dimanipulasikan sebegitu ampuh  dan jitu secara konsisten dan tersusun sehinggakan menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat dipelbagai peringkat dan mula berlaku ketirisan keyakinan.

Ketegasan Perdana Menteri Najib untuk melakukan Rombakan Kabinet sebagaimana yang dibayangkan ini akan mendemonstrasikan bahawa beliau begitu serious dan bercita cita tinggi dan kehadapan (visionary) agar dasar dasar yang dirangka seperti Visi 2020 dan segala agenda strategik dan tranformasi terlaksana dan berdaya terus.

Sudah sampai sedikit perubahan berlaku dalam pentadbiran dan ianya perlu natijah untuk mencapai kedudukan terbaik yang wajar bermula  dari dalaman. 

DIPETIK:   https://bigdogdotcom.wordpress.com/

DEMAM ROMBAKAN KABINET…

 Screen Shot 2015-06-23 at 10.38.09 PM

SEMALAM semasa berbuka puasa dengan beberapa kenalan termasuk Tan Sri, Tan Sri cerita mengenai rombakan Kabinet Najib menjadi perbualan.

Ada yang perlu diganti kerana senatorship sudah tamat, ada yang perlu digantikan kerana meninggal dunia akibat kemalangan udara dan bermacam-macam lagi.

Juga perlu diganti kesan daripada pergolakan dalam sebuah parti komponen.

Semasa sedang menjamah bubur lambuk di majlis berbuka itu, ada yang kata “dah tak lama dah”.

Mungkin sebelum raya ni. Sungguh konfiden orang yang cakap itu.

Siapa agaknya yang akan terkeluar, siapa yang akan masuk? Yang kena ganti itu sudah tentulah.

Biarlah yang akan masuk ini bukan sekadar Yes, Prime Minister!!!

Angguk, angguk, angguk…

Screen Shot 2015-06-23 at 10.37.52 PM

Hacker: Don’t tell me about the press. I know exactly who reads the papers: the Daily Mirror is read by people who think they run the country; The Guardian is read by people who think they ought to run the country; The Times is read by people who actually do run the country; the Daily Mail is read by the wives of the people who run the country; the Financial Times is read by people who own the country; the The Morning Star is read by people who think the country ought to be run by another country; and The Daily Telegraph is read by people who think it is. Sir Humphrey: Prime Minister, what about the people who read The SunBernard: Sun readers don’t care who runs the country, as long as she’s got big tits.

—”A Conflict of Interest”

GURKHA JAGA SEMPADAN…

TERUS KETINGGALAN!!

Screen Shot 2015-06-21 at 12.18.24 AM

SAYA kongsikan beberapa data sedih untuk kita hadam dan mengambil tindakan dengan prasangka yang baik.

Petikan daripada Sidang Meja Bulat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM):

1. Rich-poor economic gap has widened with top 20% richest Malaysian control 90% of the country wealth.

2. Bumiputeras make up 82% of workers with no formal education (although they are proportionately among those with primary (67%), secondary (64%) and tertiary (66%) education).

3. 70% of all jobless graduates in 2010 were Bumiputera.
Bumiputeras occupy only 8% of managerial positions in the private sector.

4. Bumiputera employees are overly represented in the declining primary sector (agriculture sub-sectors such as food and cash crops, livestock forestry and fishing).

5. Three-quarters of Bumiputeras in the labour force are either semi-skilled (64.7%) or unskilled (9.4%) workers. Only a quarter (25.9%) are categorised as management staff, professionals or skilled workers.

6. One of every four (26.3%) Bumiputera households earns below roughly RM2,000 monthly. (Compared to Chinese 13.8%; Indians 20.2%).

7. While Chinese household income averaged RM6,366, Indian households averaged RM5,233 during the same period. Bumiputera households came in last, with average incomes the lowest at RM4,457.

8. Our respectable fellow Chinese Malaysians who constitute 27% of Malaysian population possess 65% of the country wealth.

9. 90.7% of all micro-sized enterprises were Bumiputera-owned enterprises.

10. Bumiputera companies made up only 8.2% of large companies in Malaysia, only 15% of total market capitalisation.

11. 48.4% of the 10,000 youth declared bankrupt in 2012 were Malays.

12. Bumiputeras own only 25% of the total value of properties homes in Malaysia (compared to non-Bumiputeras who own two-thirds of the national value).

— Data daripada MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) bersidang pada 17Jun 2015.

SULTAN SELANGOR MURKA? AZMIN ALI MB PALING PENDEK RIWAYAT?

Screen Shot 2015-06-19 at 8.59.39 PM
 Adakah hantu Khalid akan terus menguasai Azmin?! Benarkah Khalid disebut-sebut akan kembali dan menggantikan Azmin?

BEBERAPA minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan.
Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa.  Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa.
Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.
“Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin,” katanya pendek.
Saya bertanya pasal apa?  Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau.
Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin.
Benarkah?
Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin.
Apa masalah Azmin ini sebenarnya?  Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya.  Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. “Sudah dapat kuasa, lupa diri,” kata insan itu.
Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara. Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini.
Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO.  
Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata “Kita Lawan” untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif.
Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka.
Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya.
HADI AWANG AKAN MENGADAP BAGINDA SULTAN?
Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.
Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan.  Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor.
Benarkah?
Kita tunggu dan lihatlah…