10275339_10152124278375952_1148277512612704815_o

SEKARANG ini merupakan masa paling sesuai untuk mempertimbangkan Rombakan Kabinet setelah sampai dipertengahan separuh penggal Parlimen ke XIII setelah Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak memenangi PRU 13 pada 8 Mei 2013.

Ianya bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran PM Najib agar segala agenda strategik melalui dasar seperti Visi 2020 dan pelbagai program transformasi dapat dilaksana dengan lancar dan memenuhi perancangan asal.

Agenda separa strategik seperti Manifesto BN juga perlu ditentukan perlaksanaannya dan kumpulan sasar menerima sebagai yang tertera dalam Akur-Janji yang dibuat Perdana Menteri Najib selaku Pengerusi BN ketika itu.

Ini disamping segala cabaran yang sedang diharungi, terutama terbitan berumpama tekanan politik dari dalaman walaupun Pembangkang berada dalam keadaan paling lemah masa ini.

Namun begitu, adalah wajar dilakukan Rombakan Kabinet walaupun tidak menyeluruh.

Kami ingin mencadangkan:

1. PM Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan

2. DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi melepaskan jawatan Menteri Pelajaran

3. Menteri Kewangan diambil alih oleh Dato’ Sri Abdul Wahid Omar.

4. Menteri di JPM bagi tugas EPU, ICU, UKAS, TERAJU dsb diambil alih oleh Dato’ Sri Ahmad Husni  Hanadzlah

5. DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Kanan Ko-ordinasi, satu portfolio baru yang diujudkan kerana buat masa ini pun beliau mempengerusikan 21 Jawatankuasa Kabinet

6.Menteri Pelajaran disandang oleh Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi

7. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna disandang oleh Dato’ Noraini Ahmad

8. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disandang oleh Dato’ Sri Idris Jusoh

9. Menteri Pertahanan oleh Dato’ Johari Abdul Ghani

10. Menteri Perumahan dan Hal Ehwal Urbanisasi Dato’ Abdul Ghafur Salleh

11. Menteri Kommunikasi, Penerangan dan Multimedia disandang Dato’ Sri Abdul Rahman Dahlan

12. Menteri Ko-ordinasi Perpaduan, Adat, Budaya dan Pembangunan Ketamadunnan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (ini merupakan Kementerian baru yang diujudkan, mengambil beberapa fungsi dari beberapa Kementerian lain)

13. Menteri Keselamatan Dalam Negeri disandang oleh Dato’ Dr. Abdul Latif Ahmad

14. Menteri Wilayah Persekutuan disandang semula oleh Senator Dato’ Sri Raja Nong Chik Raja Zainal

Manakala Dato’ Seri Hishamuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dengan tugas tugas khas ko-ordinasi GLC dan hubungan industri. Ini adalah portfolio baru yang bersifat hybrid dengan mengambil sedikit fungsi MITI, MOF dan KPDNKK.

Dato’ Sri Shafie Apdal pula dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dengan tugas tugas khas ESSCOM dan pembangunan Sabah Timur dimana sebuah agensi baru East Sabah Development Authority (model kepada IRDA, NCIA, LADA dan ECER) diujudkan.

Dato’ Sri Hassan Malek dan Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor digugurkan sebagai Menteri Kabinet.

Beberapa rombakan kecil bagi jawatan Timbalan Menteri juga perlu dibuat dan selaraskan bagi menentukan semua portfolio akan terus berfungsi sejajar dengan matlamat yang perlu dicapai, bagi meralisasikan secara total dasar dan agenda strategik Kerajaan.

Muka muka baru seperti Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin (MP Masjid Tanah), Dato’ Osman Aziz (MP Jerlun), Dato’ Raime Ungi (MP Tenom), Dato’ Irmohizam Ibrahim (MP Kuala Selangor) wajar diberi peluang, sebagai proses ‘peremajaan pentadbiran’.

Beberapa pemimpin dikalangan ahli korporat dan pemimpin masyarakat yang telah menunjukan kemampuan luar biasa berkerja dengan keberhasilan tinggi wajar ditimbangkan untuk dilantik sebagai Senator dan dibawa sebagai Timbalan Menteri.

Rombakan Kabinet akan dijangkakan akan menambahkan keyakinan kepada majoriti rakyat, terutama ada suntikan muka muka baru dan terbukti berpengalaman untuk memimpin, merancang dan mengurus perlaksanaan portfolio masing masing.

Ini terutama isu berkenaan kewangan dan perbendaharaan dimana kontroversi yang dimanipulasikan sebegitu ampuh  dan jitu secara konsisten dan tersusun sehinggakan menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat dipelbagai peringkat dan mula berlaku ketirisan keyakinan.

Ketegasan Perdana Menteri Najib untuk melakukan Rombakan Kabinet sebagaimana yang dibayangkan ini akan mendemonstrasikan bahawa beliau begitu serious dan bercita cita tinggi dan kehadapan (visionary) agar dasar dasar yang dirangka seperti Visi 2020 dan segala agenda strategik dan tranformasi terlaksana dan berdaya terus.

Sudah sampai sedikit perubahan berlaku dalam pentadbiran dan ianya perlu natijah untuk mencapai kedudukan terbaik yang wajar bermula  dari dalaman. 

DIPETIK:   https://bigdogdotcom.wordpress.com/

One thought on “DEMAM ROMBAKAN KABINET…2

  1. Dato Seri Shahidan kassim perlu di lihat sebagai menteri penuh tidak di Parlimen…menteri luar bandar atau koperasi dan penggunaan sebab dia berani dan kerap turun padang..

    Like

Leave a comment